Warisan Bondaku telah diasaskan pada bulan Mei 2006 dan didaftarkan secara rasmi pada 04 Disember 2006. Di awal penubuhannya, Warisan Bondaku hanya menjuruskan perniagaannya kepada pemprosesan dan pembekalan produk berasaskan makanan.
Pada pertengahan Ogos 2006, Warisan Bondaku mula melibatkan diri dalam bidang peruncitan dengan menjadi pemborong barangan runcit. Pada masa yang sama Warisan Bondaku dijadikan pusat pengumpulan produk peruncitan dengan kaedah pembelian secara pukal terus dari kilang dan dibekalkan kepada peruncit-peruncit yang lain.
Mulai Januari 2007, Warisan Bondaku mula memperluaskan bidang perniagaannya dengan menceburi bidang perkhidmatan sokongan dengan menjadi pembekal barangan runcit, barangan pembersihan, barangan pakai buang, alatulis, perabut dan sebagainya untuk 2 kilang yang terbesar di Ipoh iaitu Kilang CARSEM ( S-SITE ) Jalan Jelapang dan Kilang CARSEM ( M-SITE ) Jalan Lapangan Terbang.
Pada bulan November 2007, Warisan Bondaku telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan bagi memperluaskan peranan sebagai pembekal dan pemberi khidmat sokongan. Moto kami adalah untuk membekalkan produk yang berkualiti dengan servis yang terbaik pada harga yang lebih berdaya saing.
No comments:
Post a Comment