Friday 30 December 2011

MEMBEKAL CAT DAN MENGECAT

Khidmat yang diberikan :-

  •        Membuang sawang      
  •        Membersihkan dinding      
  •        Mengalih/susun kembali barang-barang di rumah      
  •        Mengecat      
  •        Memasang kertas dinding (wall paper)    


JOTASHIELD adalah cat emulsi luaran yang berasaskan air dirumus khas dengan pengikat akrilik tulen. Ia memberikan sapuan yang lancar dan menghasilkan kemasan satin yang rata.JOTASHIELD tahan lama, tahan lasak, serta tahan alkali, cuaca, alga dan serangan kulat, dan mempunyai bahan perekatan yang baik. Cat JOTASHIELD disyorkan untuk semua jenis permukaan seperti plaster, batu, konkrit, asbestos dan sebagainya.


SilkGlo merupakan cat emulsi bermutu tinggi yang menghasilkan kilatan lembut pada dinding. Cat ini dihasilkan dengan sebegitu rupa sehingga mudah dibersihkan dan tahan lama. SilkGlo amat sesuai digunakan sebagai perlindungan dan kemasan kepada dinding dalam di mana pembersihan perlu kerap dilakukan... contohnya dapur, bilik kanak-kanak, ruang menyambut tetamu, dinding sesekat pejabat atau bahan hiasan penutup dinding.


Tungolac merupakan cat kilat anti fungus khas untuk permukaan kayu dan logam di dalam dan di luar. Semua warna adalah terdiri daripada cat tahan cahaya.

All Weather Akrilik ialah cat yang mampu bertahan lama untuk perlindungan dan mengindahkan semua bahagian permukaan berbatu luar. Ia tahan serangan kulat dan alkali. Pengikat akrilik juga memastikan perlekatan cat yang sempurna.

Cat Sissons Masonry adalah cat penghias berkualiti yang memenuhi keperluan ekonomi. Ia dirumuskan khas untuk kegunaan dalaman dan luaran bagi permukaan dinding bersimen plaster, bumbung, asbestos, papan keras dan lembut serta pelbagai permukaan bersimen. Ia begitu lasak, mudah digunakan dan memberikan kemasan yang menarik dan juga tahan serangan kulat.

Siscoseal Decorative Wood Stain berasaskan damar khas dan mengandungi bahan awet untuk mengindahkan dan melindungi permukaan kayu daripada reput dan menghindari pertumbuhan kulat. Ia kalis air dan tidak mudah retak, mengelupas atau bergelembung akibat kesan cuaca.

No comments:

Post a Comment